Tuesday 9 April 2013


Resepi nabi Adam untuk Hawa dalam pantang.


Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud, “Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan 
segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.” (al-Baqarah: 31)

Abdullah Kassan dalam kitab Qashah al-Anbiyaa (Kisah Nabi-nabi) mengatakan anak nabi Adam seramai 240 orang. Hawa melahirkan anak sebanyak 120 kali. 

Melahirkan anak adalah suatu hal yang merumitkan manusia. Hari ini amat mustahil seorang wanita dalam melahirkan anak tanpa bantuan bidan. Namun bagaimana halnya dengan Hawa? Berbalik kepada ayat 31 surah al-Baqarah, Allah mengilhamkan Nabi Adam agar isterinya sentiasa sihat dan pulih seperti sedia kala selepas bersalin. Disebutkan dalam kitab perubatan Islam, nabi Adam menyediakan lima jenis ramuan untuk mengubati Hawa.

1.Susu kambing, susu unta, madu, habbatus sauda, tin/kurma dicampur dan diminum. 
2.Air, inai, habbatus sauda dan sejenis tanah (murru al-Barraa) dicampur untuk mengubat luka bersalin. 
3.Halba dan daun inai ditabur pada batu yang dipanaskan. Batu ini didemahkan dengan cara Hawa duduk di atas batu. Amalan ini samalah seperti amalan bertungku zaman moden.
4.Lemak kambing, lemak unta dan inai dipanaskan untuk mendapat minyak. Minyak ini diurut untuk memulihkan semula urat-urat dan mengembalikan fungsi otot. 
5.Celak yang diperbuat dari sejenis batu khas. 

Jika dilihat dari senarai di atas, tiga daripadanya mempunyai inai. Dalam kajian perubatan moden, inai (bahasa Arab; al-Hinaa) didapati boleh membantut pertumbuhan sel kanser. Rebusan daun inai boleh diminum seperti mana kita mereneh teh/kopi. Selain itu, inai juga diguna sebagai menghilangkan lenguh sendi dengan cara merebus daun. Air rebusan inai diguna untuk mandi. 

ehsan dari ratuhati.com

No comments:

Post a Comment