Tuesday 9 April 2013

Keperluan Tidur yang Sempurna.


 Ibu bapa dan penjaga boleh mengurangkan risiko SIDS dengan :

  • Tidurkan bayi dalam posisi terlentang dan bukannya meniarap atau mengiring.  Posisi meniarat atau mengiring menggadakan risiko kematian SIDS bagi bayi.
  • Pastikan kepala dan muka bayi tidak tertutup. elakan daripada menggunakan selimut sebaiknya gunakan karung tidur yang berpatutan sais dan bentuk untuk keselesaan dan keselamatan bayi.
  • Elakan daripadagejala kepanasan yang berlebihan. bayi yang mengalami kepanasan yang berlebihan ada kemungkinan besar akan mengalami tidur yang menyerupai pengsan sehingga sukar untuk terjaga. Pastikan suhu bilik yang bersesuaian.
  • Gunakan kelengkapan tidur yang sesuai bagi bayi.Tilam bayi sepatutnya leper, padat bersih dan cukup muat bagi katil bayi. Elakan pengunaan bantal,bantal peluk, selimut, pelapit tilam dan permainan lembut.
  • Amalkan kebiasaan tidur yang selamat. tempat tidur yang paling selamat bagi enam bulan pertama hidupnya adalah dalam katil bayi yang terletak di dalam bilik tidur ibu bapanya.Elakan daripada tidur dengan bayi di atas sofa ataupun kerusi rehat.
  • Gunakan punting semasa bayi tidur. para pakar telah mengesyorkan bahawa bayi diberikan punting untuk menghisap semasa tidur.walaubagaimanapun amalkanlah sekiranya bayi anda selesa dengan pengunaan puting dan usahlah  memaksa si kecil.

No comments:

Post a Comment