Tuesday 9 April 2013

Rapikan dirimu mama..

Pengalaman bersalin merupakan pengalaman yang sangat indah dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.. pengalaman ini tidak semua ibu dapat mersainya dan setiap ibu berbeza dan pelbagai kenangannya. Ada manis dan pahitnya.


Selepas proses kelahiran, anda akan mengalami perubahan pada keadaan fizikal dan anda juga akan kehilangan banyak darah serta kehabisan tenaga...biasanya wanita melayu akan berpantang selama 44 hari bagi memulihkan semula tenaga yang hilang. sekiranya amalan berpantang dipatuhi, tenaga dapat ditingkatkan dan wajah yang segar serta tubuh yang mantap pasti menjadi milik anda...cayok..cayaok...
Amalan yang biasa dilakukan untuk  meningkatkan semula kesegaran ialah

Mandin Herba.


Biasanya mandian herba akan dilakukan pada hari ke 3  hari selepas melahirkan , bagi ibu yang bersalin normal. Sementara bagi ibu yang bersalin secara caeseran pula hanya boleh bermandi herba selepas doktor membuat pemeriksaan pertama luka pembedahan

Urutan.

Urutan selepas bersalin dapat membantu  meningkatkan kembali kesegaran  tubuh badan dan melancarkan peredaran darah terutamanya di bahagian payudara agar masalah bengkak dapat di elakan, Pengeluran air susu juga akan menjadi lebih lancar. Urutan  dapat membantu membetulkan urat-urat yang trsimpul dan membuang angin di dalam badan. urutan juga bolem membetulkan tulang pelvik yang terbuka sewaktu meneran bayi. oleh itu hubungan anda dan suami boleh kembali intim.


Tapel, pilis dan param.

Biasanya sapuan tempel pada perut dilakukan untuk mengeluarkan darah kotor dan menegangkan kembali kulit. Anda juga perlu menampal pilis pada dahi bagi meyegarkan mata dan mengelakan darah putih naik ke kepala. Param hendaklah di sapu pada seluruh badan bagi memanaskan badan dan mengelakan angin masuk kedalam badan. jika angin masuk ke dalam badan akn menjadi lesu.

Berbekung

Berbekung sudah menjadi satu kemestian bagi ibu-ibu yang sedang berpantang. Balutan bengkung yang dibalut dari pinggang ke punggung dapat memberikan keselesaan kepada ibu-bu yang berpantang dan mengembalikan semula bentuk badan supaya kelihatan ramping dan lanngsing.

sekiranya anda melahirkan anak secara caesarean, anda masih boleh berbekung mengunakan bengkung moden yang mudah untuk dipakai... tapi pastikan dahulu yang luka anda telah kering bagi mengelakan luka bernanah akibat tidak terdedah kepada udara.




No comments:

Post a Comment