Thursday 25 April 2013


Bagaimana saya tahu saya sudah mahu bersalin?



Simpton mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita dan menentukan titik mulanya adalah mustahil. Ia adalah satu proses apabila perubahan fisiologi dalam badan anda bekerjasama untuk membantu kelahiran bayi. Jika anda memang mahu bersalin, satu atau lebih daripada lima perkara berikut akan berlaku:
Serviks anda akan menjadi nipis dan lebih lembut (pemendekkan) dan mengembang sehingga 10sm.
Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.

Anda mungkin akan mengalami sakit di sebelah bawah belakang dan kekejangan seperti kekejangan prahaid.
Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Walau bagaimanapun, ia adalah tanda yang anda menuju ke arah itu.

Air ketuban anda pecah tetapi hanya jika diikuti dengan kontraksi
Petua Untuk Ibu Hamil


Hilangkan rasa loya
Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan satu sudu teh gula. Minumlah setiap pagi. Insya-Allah rasa loya akan hilang.

Kulit anak bersih
Semasa mengandung, amalkan meminum air kelapa agar kulit bayi dalam kandungan bersih dan halus serta terhindar daripada masalah ruam.

Inginkan anak berkulit cerah
Ibu hamil disarankan agar banyak makan sayur-sayuran berwarna hijau terutamanya sayur bayam jika inginkan anak berkulit cerah.

Atasi rekahan kulit semasa hamil
Agar kulit sekitar perut dan paha anda tidak merekah semasa hamil, sapukan dengan minyak zaitun setiap kali selepas mandi dan ketika hendak tidur.

Mudah bersalin
Ketika kandungan berusia 6 bulan, amalkan memakan satu sudu teh minyak kelapa yang dibuat sendiri sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Setelah berusia sembilan bulan pula, amalkan pengambilan setiap hari
PETUA ATASI BENGKAK SUSU



1. Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

2. Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.

3. Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.

Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

4. Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.

5. Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.

6. Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).

7. Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).

8. Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.

9. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

10. Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.

selamat mencuba....

Tips  menemani isteri saat melahirkan.

Photo: TIPS MENEMANI ISTERI SAAT MELAHIRKAN >3

1. Jangan pingsan. Anda tentunya harus mengetahui apakah Anda takut dan phobia darah atau tidak? Selain itu, Anda pun harus siap melihat kesakitan istri ketika melahirkan, terutama jika istri Anda melahirkan secara normal. Jangan sampai pingsan, karena hal itu malah akan mengganggu proses persalinan.

2. Jangan sibuk sendiri seperti bbm-an, memotret tanpa seizin istri atau melakukan kegiatan lainnya dengan ponsel Anda. Pada saat-saat melahirkan, istri tentunya sangat membutuhkan perhatian dan dukungan Anda. Dengan melakukan kegiatan lain, perhatian Anda akan terpecah.

3. Jangan blank alias tidak tahu apa-apa tentang proses persalinan. Sebelum Anda menemani sang istri ke ruang bersalin, bekali diri dengan ilmu seputar persalinan.

4. Jangan panik. Tetap tenang akan memudahkan Anda berpikir jernih saat mengambil keputusan. Lagi pula, disaat-saat penuh perjuangan seperti itu, istri Anda membutuhkan penguatan dan penenangan Anda.

5. Jangan hanya menonton. Coba pelajari cara menjadi pendamping yang efektif bagi istri Anda. Dengan demikian istri Anda benar-benar merasa didukung dan dikuatkan oleh Anda.

6. Jangan segan meminta kerabat keluar dari ruang bersalin jika istri merasa terganggu. Tetap sopan namun tegas bertindak.

7. Jangan nekat melihat bayi keluar bila tidak tahan melihat darah. Jangan sampai Anda malah pingsan begitu menyaksikannya. Namun jika Anda merasa kuat, tidak apa-apa.

8. Jangan mengabaikan istri setelah bayi lahir. Kelahiran bayi memang yang paling ditunggu-tunggu. Namun jangan abaikan istri yang telah berjuang melahirkan. Beri istri ucapan selamat telah menjadi seorang ibu dengan mengecup keningnya.

jom like n share untuk suami tercinta 
http://www.facebook.com/mamalife.center

1. Jangan pingsan. Anda tentunya harus mengetahui apakah Anda takut dan phobia darah atau tidak? Selain itu, Anda pun harus siap melihat kesakitan istri ketika melahirkan, terutama jika istri Anda melahirkan secara normal. Jangan sampai pingsan, karena hal itu malah akan mengganggu proses persalinan.

2. Jangan sibuk sendiri seperti bbm-an, memotret tanpa seizin istri atau melakukan kegiatan lainnya dengan ponsel Anda. Pada saat-saat melahirkan, istri tentunya sangat membutuhkan perhatian dan dukungan Anda. Dengan melakukan kegiatan lain, perhatian Anda akan terpecah.

3. Jangan blank alias tidak tahu apa-apa tentang proses persalinan. Sebelum Anda menemani sang istri ke ruang bersalin, bekali diri dengan ilmu seputar persalinan.

4. Jangan panik. Tetap tenang akan memudahkan Anda berpikir jernih saat mengambil keputusan. Lagi pula, disaat-saat penuh perjuangan seperti itu, istri Anda membutuhkan penguatan dan penenangan Anda.

5. Jangan hanya menonton. Coba pelajari cara menjadi pendamping yang efektif bagi istri Anda. Dengan demikian istri Anda benar-benar merasa didukung dan dikuatkan oleh Anda.

6. Jangan segan meminta kerabat keluar dari ruang bersalin jika istri merasa terganggu. Tetap sopan namun tegas bertindak.

7. Jangan nekat melihat bayi keluar bila tidak tahan melihat darah. Jangan sampai Anda malah pingsan begitu menyaksikannya. Namun jika Anda merasa kuat, tidak apa-apa.

8. Jangan mengabaikan istri setelah bayi lahir. Kelahiran bayi memang yang paling ditunggu-tunggu. Namun jangan abaikan istri yang telah berjuang melahirkan. Beri istri ucapan selamat telah menjadi seorang ibu dengan mengecup keningnya.

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU

 

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel ♥
IQRA MILK




IQRA MILK (New Packaging)

Mula berada pasaran sejak hujung 2011 dan secara tiba-tiba menjadi susu kesukaan ramai. Jualan untuk IQRA MILK terus meningkat. Ada keistimewaan IQRA MILK tersendiri membuatkan IQRA MILK semakin disukai, semakin dicari-cari.

Kualiti dan kebaikan berganda IQRA MILK menjadikan ia sebagai susu dengan khasiat tambahan yang begitu laris dan terus dicari-cari.

Bukan sekadar rasanya yang lazat, bahkan keutamaan IQRA MILK adalah pada kualiti dan khasiat tambahan, tepat menjadikan ia SUSU ISTIMEWA KEBAIKAN BERGANDA.

Bahkan kanak-kanak yang tidak menyukai susu, tetapi memerlukan khasiat susu, kini menjadi penggemar IQRA MILK!

RUMUSAN:
1 - 3 tahun perisa asli sahaja
4 tahun ke atas perisa coklat sahaja
*Dewasa pun boleh minum. Ibu mengandung sangat digalakkan.


sms/ wassap 01123118546/ 0123719546
kios di pkns s.alam



BAHAGIANYA JIKA ANAK KITA... HAFIZ / HAFIZAH 




BAHAGIANYA JIKA ANAK KITA... HAFIZ / HAFIZAH 

Di akhirat nanti, seorang lelaki yang alim ingin masuk ke syurga dengan izin Allah swt.
Lagi selangkah sahaja kakinya akan memasuki syurga, tiba-tiba kedengaran satu suara berteriak daripada belakangnya..

"Ya Allah,dia bapaku.Dia tidak pernah mengajak aku utk bersolat. Dia tidak pernah didik aku untuk mentaati perintahMu. Di dunia dulu, bila dia nampak aku buat maksiat, dia biarkan sahaja..Sedikit teguran pun tidak pernah diberikan. Jika hari ini adalah hari pengadilan, mana mungkin dia masuk ke dalam syurga. Sedangkan kerana dialah aku dicampakkan ke dalam neraka."
Maka bapa tadi pun akan dicampak ke dalam neraka.

Di tempat yang lain pula,
seorang anak soleh yg hafiz sedang melangkah kaki masuk ke syurga,
Tiba-tiba,dia ternampak ibubapanya mahu dicampakkan ke dalam api neraka.
Dia pun memohon,
"Ya Allah,hari ini Kau izinkan aku utk masuk ke syurga.Tetapi,aku tidak akan masuk ke dalamnya tanpa membawa kedua-dua ibubapaku. Kasihanilah mereka. Kerana didikan merekalah aku dapat masuk ke syurga pada hari ini. Ya Allah, aku merayu padamu, masukkanlah mereka ke dalam syurga"
Maka ,Allah swt pun menarik kedua ibubapanya daripada neraka, dan anak soleh tadi dapat masuk ke syurga bersama kedua ibubapanya :)

Kesimpulan:

Anak yang tidak soleh akan menarik bapanya memasuki neraka.
Sementara anak yang soleh akan menarik ibubapanya masuk ke syurga.

Semoga Allah swt mengurniakan kita anak-anak yang soleh di dunia & di akhirat..Aamiin